Selasa, 5 Ogos 2014

BINCANGKAN KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI MALAYSIA

(TOPIK 19)
-Agama Islam ternyata diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-agama lain di negara ini.
-Initerbukti apabila undang-undang tertinggi ini menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan manakala agama-agama lain pula bebas untuk dianuti dan dipraktikkan oleh penganut-penganutnya.
-Dalam konteks negeri-negeri pula,hampir kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi negeri di samping jaminan kebebasan beragama terpelihara sebagaimana dalam perlembagaan. 
-Peruntukan seumpama ini merupakan kesinambungan kepada apa yang wujud dalam perlembagaan bertulis negeri-negeri Melayu sebelumnya seperti Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Negeri Terengganu 1911.
-Apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah peruntukan mengenai Islam ini diberi keutamaan dari segi urutan peruntukan dalam perlembagaan. Walaupun Perlembagaan persekutuan ini telah diiystiharkan sebagai undang-undang tertinggi negara, namun peruntukan mengenainya hanya diletakkan pada Perkara 4. Manakala, bagi Islam pula, kedudukannya yang istimewa telah diberi keutamaan tertinggi dari segi urutan apabila ia diletakkan lebih awal dalam Perkara 3. Meletakkan Agama Islam di awal bahagian dalam Perlembagaan membawa makna yang besar dari segi peranan dan kedudukannya. 
-Perlu diingat bahawa, walaupun Perlembagaan itu adalah undang-undang utama dan tidak ada yang dapat mengatasinya, namun harus diingat bahawa Islam yang meliputi undang-undang Islam juga merupakan sebahagian dari undang-undang yang diliputi dan diiktiraf oleh perlembagaan itu sendiri. Dengan kata lain, undang-undang.
-Islam itu adalah sebahagian dari kandungan  Perlembagaan itu sendiri. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistimewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini. Kedudukan Islam yang istimewa ini tidak harus dipertikaikan memandangkan peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan itu pula adalah hasil kompromi dan permuafakatan bersama pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
-Kedudukan Istimewa Islam ini juga telah mengambil kira elemen-elemen tradisional penduduk asal Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu ratusan tahun sebelumnya yang terus menerus dipertahankan . Contohnya, agama Islam telah menjadi anutan sejak ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telahpun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka.
-Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungannya merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah. 
-Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan mengapa Islam menjadi agama Pesekutuan. Sebagai Agama Persekutuan, Islam menjadi agama yang dominan dan mendapat banyak keistimewaan di negara ini berbanding agama-agama Islam. Apa yang penting dalam hal ini ialah, betapa pentingnya seluruh warga Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menghayati sejarah negara. 
-Tujuannya,agar setiap peruntukan penting dalam undang-undang di negara kita dapat difahami mengapa ia berlaku sedemikian rupa. Pemahaman mendalam mengenai sejarah negara dan undang-undang tidak syak lagi dapat mengikis rasa ketidakpuas hati mana-mana pihak terhadap suatu peruntukan undang-undang itu.

PERKEMBANGAN SEMANGAT NASIONALISME DI MALAYSIA


(TOPIK 8)
Faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan :
• British meletakkan seorang Residen
• Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
• Pembesar diberikan pencen
• Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British
• Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan /mencabar sistem tempatan/amalan tradisi
• Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British

Perkembangan sistem pendidikan :
• Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
• Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British
• Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu
• Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan

Dasar British dalam sistem pentadbiran:
• Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu
• Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
• Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini
• Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
• Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
• Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan perniagaan.
• Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British
• British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
• Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
• Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik / perkhidmatan pos/telefon/sekolah/hospital
• Telah meningkatkan taraf hidup di bandar
• Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran lain di bandar
• Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
• Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme
Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme.
• konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara negara Asia
• Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara tersebut
• Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah Melayu
• Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat atau Timur
• Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan
• Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun 1946, orang Melayu menentang
• Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun
Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945 membangkitkan semangat menentang penjajah:
• PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
• Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun
• Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
• Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
• Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor Sembilan/Pahang

Kemunculan mesin cetak:
• Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
• Mendorong kepada penentangan terhadap British
• Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah dapat disebarkan
Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran semangat kebangsaan:
• Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
• Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
• Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir telah tersebar luas
• Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat
• Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
• Tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar
• Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama

Kesedaran Politik Serantau:
• Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi) dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
• Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual
• Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu
• Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas dan dihayati oleh penduduk tempatan
• Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu.